Salam…
Ari tue Pengembara Ilmu dah bukak story mengenai yang mana satu pilihan hati, Honda EX 5 atau Honda Wave???sekarang masih lagi story mengenai Honda EX 5 dan Honda Wave iaitu mengenai cara + tips + langkah untuk korang jaga korang punya motosikal Honda nie..baca N cuba try…ok ke tak moto korang lpaz korang praktikkan tips nie.
SERVIS MOTOR
Kalau korang nak tukar minyak pelincir dan servis, korang mesti pastikan jadual penukarannya diikuti secara tepat. Sebabnya dengan ini enjin motor korang pasti akan terjamin keselamtannya. Yelah kan, bagi motosikal, enjin memainkan peranan yang penting. Kalau enjin tak sihat, motosikal pun automatic tak sihat. Bagi motosikal EX5 penukaran minyak pelincir nie perlu ditukarkan setiap 5000 km. Kalau korang jarang gunakan motosikal, dan dalam masa 6 bulan motosikal EX5 korang blom mencapai tahap 5000 km, lebih baik korang tukarkan saja minyak pelincirnya bagi mengelakkan ia cair. Bagi Honda Wave pulak, penukaran minyak pelincir dan servis dilakukan setiap 5000 km hingga 6000 km.
PENGGUNAAN MINYAK PELINCIR
Kalau nak gunakan minyak pelincir yang boleh bagi ketahan pada motosikal korang, gunakan minyak Castrol active 4T atau Shell Advanced 4T .Kedua-dua miyak nie bolehlah dikatakan sesuai untuk Honda Ex5 dan Honda Wave nie. Kalau korang nak gunakan minyak pelincir yang lebih mahal pun kira ok sangat lah tue. Tapi Honda Ex5 nie mempunyai kelebihan. Kalau korang guna apa-apa minyak pelincir pun still ok lagi. Tak beri effect lansung kepada Ex5 nie…
TUKAR SPARK PLUG
Kalaulah moto korang buat perangai meletop-letop hidup mati, maksudnya korang perlu tukar spark plug moto korang. Spark plug nie paling ok bartahan sampai 20000 km. Kalau nak tahu ok lagi tak setting carb korang, coba korang tengok warna spark plug dia. Kalau hitam legam maknanya pembakaran tidak sempurna. Lagi satu korang perlu cek coil api atau coil magnet dia. Kalau susah nak start moto tue maksudnya api tak kuat dan tak kluar kat plug.
SERVIS CARBURATOR
Nie lagi satu, kalaulah moto korang makan minyak..dan lain dari biasa , so korang perlulah servis korang punya carburator. Manalah tau ada problem kat carburator korang punya moto. Alang-alang korang dah servis carburator tue, tukar skali Fuel filter baru sebabnya fuel Filter yang digunakan terlalu lama kadang-kadang tersumbat atau flow dia tak berapa nak lancar..
TEGANG RANTAI DAN SPORKET
Tips nie korang perlu amalkan selalu. Korang pastikan rantai motosikal korang tidak terlalu kendur dan tidak pula terlalu ketat. Kalau terlalu kendur dan ketat, motosikal korang pasti akan mengeluarkan bunyi yang lain dari biasa. Rantai dan sporket nie boleh tahan lebih kurang dalam 15000 km. Tapi tengok jugak lah cara korang bawak motosikal tue. Kalau bawa laju-laju tak sampai 15000 km, rantai dan sprket korang dah buat hal. Lagi satu pastikan rantai dan sporket Ex5 korang tak haus. Kalau dah haus tue, paham-paham je lah ye..Yang paling penting korang perlu tukar sporket bila sudah tajam. Sporket moto korang tajam tue bukan sebab apa, rantai motosikal korang yang terlalu ketat atau terlalu kendur tue penyebabnya. Jadi pastikan sporket dan rantai motosikal korang selalu dibubuh dengan minyak agar dapat melicinkan pergerakan.
TEKANAN ANGIN TAYAR
Salah satu benda penting yang korang perlu beri perhatian ialah keadaan tayar korang. Pastikan tayar korang tidak kurang angin, tayar tidak botak dan juga haus. Kalau terlalu haus jawabnya korang perlu tukarlah tayar tue. Gunakan saiz tayar yang sesuai dengan motosikal korang. Bagi yang nak berjalan jauh, saiz standard adalah disarankan..
SISTEM BREK
Motosikal kalau tak da brek atau brek tak makan, memang 100% korang akan masuk hospital. Sebabnya moto korang tak dapat nak berhenti. Paling-paling korang langgar apa-apa benda untuk buat moto tue berhenti. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera korang seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Kadang-kala drum brake ni tak brape mencengkam..kalau dah tak mencengkam susah nak buat emergency brek.
LAMPU DEPAN, BELAKANG DAN SIGNAL
Periksa lampu motosikal korang. Tak kira lampu depan, lampu belakang dan signal. Kalaulah lampu motosikal korang tue tak berfungsi, masalah besar bagi korang. Kalau pagi atau petang taklah kisah sebab lagi Nampak. Cahaya lagi ada. Tapi kalau malam, memang akan menyukarkan korang. Bukan stakat sukarkan korang, tetapi sukar jugak bagi orang lain, sebabnya tak Nampak korang..gelap da…
BATERI
Korang jugak perlu sentiasa melihat bateri motosikal korang. Kalau bateri korang buat hal, motosikal korang pun tak dapatlah nak bergerak. Pastikan air bateri motosikal korang berada di tahap yang mencukupi seperti ditandakan pada bateri. Tukat bateri motosikal korang setiap 2 tahun bagi memaksimakan penggunaannya.
Selesailah sudah cara + langkah + tips bagi korang-korang kat luar sana untuk menjaga dengan baik motosikal korang. Tak de lah motosikal korang asyik masuk bengkel je..kan ked ah buang duit..Jadi, korang cuba-cubalah tips diatas..Good Luck!!!
Sumber dari : Fire Starting Automobil













salam.. bagi aku la antara tips yg aku amalkan dan di sarankan dalam buku manual ex-5:
1)kalau motor baru beli tu habiskan pantang 1000km n tukar minyak itam.. lg satu dalam tempoh pantang tu bawak la moto xmelebihi 80km agar proses penyesuain enjin berjalan dgn lancar.
2)tukar minyak itam setiap 3000km-shell vsx-rm25 @ castrol power 1 racing-rm32.
3)tukar plug setiap 9000km-rm 5
4)pembersih udara setiap 12000km-aku xtau bape harge coz xpenah buat.. tp agak2 dah rase semput je moto buat la skali-skala..
note:untuk ketahanan motor dan memanjangkan jangka hayat motor jgn la sesekali modify moto.. pakai standard je tu pon dah laju.. nak laju lagi angkat la superbike.. lol
btol2..kalau dah namanya motosikal nie, cakap je apa jenis motosikal, kalau tak di modify moto tue, sure punya tahan lama..Kalau dah di modify tue korang tanggunglah sendiri kesannya akan datang..Aleh-aleh nanti hutang belum habis bayar, motosikal pulak dah habis nyawa!!!!
Assalam, tumpang tanya apa sebab brek motor berbunyi mcm besi bergesel?
Kalau dari pengalam Pengembara Ilmulah, brek tu berbunyi sebab mngkin terik sangat kot..bawa je bengkel sroh adjust…tue dari pengalaman Pengembara Ilmulah…:)
Ituh bunyik LiNing break !!!
kalau EX5 lining berbunyik tuh dah lazim dah …
std . guner dye 2 bulan skali msty berbunyik ….
Tapi nie semua bergantung kepada rider lah !
Care aq jge mtor snang je law bhgian enjin. . stiap 1000km tkar myk htam baru. . bru larh enjin than lame. .myk htam yg mrah2 powm xpe. .asalkn tkar myk htam tpat masenye. .
salam br0,,klu kte sllu main gear,adkah plate klac dye akn jd haus,,n 1 g ble nk change gear 2 mmg mngerang gler arr bunyinye,,kasi tips ckit br0..huhu
saiz tayar y bgs..saiz brape eh
sy nk tye klau brek motosikl belakag haus ap yg perlu ditukr dn saiz spoked yg baik xtrlalu bsr..
broo..nak tanye..bgi tips bagaimana nak servis carb ex5 model lama..huhu
carb aku tu asyik2 minyak keluar.berpeluh2.huhu..